Search This Blog

Tuesday, April 5, 2011

Polikarbonat Rosakkan Hormon






BARU-baru ini Kementerian Kesihatan mengharamkan penggunaan bahan polikarbonat untuk menyimpan susu mahupun sebagai botol susu. Pengharaman tersebut kerana bahan polikarbonat dikenal pasti boleh merosakkan hormon manusia. Adalah sukar bagi para saintis mengumpulkan data dan penjelasan yang terperinci kerana kerosakan hormon tidak dapat dikenal pasti dalam tempoh waktu yang singkat. Kefahaman dan pengetahuan mengenai isu itu masih samar walaupun kita telah melihat bukti-bukti jelas kerosakan hormon pada badan kita. Dengan kata lain kita telah melihat gejala kerosakan hormon yang sangat berleluasa namun penjelasan bagi masalah ini masih samar.
Berdasarkan statistik penyakit berkaitan hormon yang bertambah setiap tahun menunjukkan ia perlu dibendung segera. Keputusan kerajaan mengharamkan polikarbonat sebagai bekas simpanan susu bayi merupakan langkah yang baik.
Hormon merupakan bahan semula jadi yang terhasil di seluruh tubuh kita. Setiap hormon mempunyai fungsi yang unik dan tersendiri. Sebagai contohnya hormon metabolik membantu membakar makanan dan membolehkan makanan digunakan sebagai tenaga. Hormon ini membolehkan tubuh badan kita mendapat tenaga yang diperlukan. Jika hormon metabolik rendah maka seseorang itu pasti mempunyai tenaga yang rendah, cepat letih fizikalnya namun mampu bertahan dengan tenaga yang dihasilkan oleh hormon stres.
Apabila satu hormon rosak atau berkurangan maka tubuh akan bergantung kepada hormon lain pula sebagai bahan bagi mendapatkan tenaga. Ini menjadikan seseorang itu mempunyai personaliti dan ciri-ciri tenaga yang pelbagai bergantung kepada hormon yang dominan.

Signal hormon
 Hormon bertindak dengan stimulasi atau pun dikenali sebagai signal hormon. Apabila kita makan makanan yang banyak gula, kelenjar hormon insulin akan mengesan paras gula yang tinggi. Signal yang dikesan adalah paras gula. Kelenjar hormon akan merembes hormon insulin yang kemudiannya menukarkan gula kepada tenaga. Tenaga ini akan digunakan oleh tubuh badan kita. Apabila kita berpuasa paras gula menjadi rendah dan ini dianggap sebagai signal oleh kelenjar hormon glucagon. Ia mengeluarkan hormon glucagon bagi menukar lemak kepada gula. Ini mewujudkan keseimbangan.
Hormon tiroid bekerja mengurai lemak dan memastikan tubuh tidak menyimpan lemak yang berlebihan. Namun apabila rosak ia tidak mampu lagi memberi respons kepada signal daripada tubuh.
Selain dari tubuh dan makanan, hormon juga saling bertindak antara satu sama lain. Kehadiran hormon cortisol (hormon stres) akan diseimbangkan dengan hormon tiroid (metabolisme). Begitu juga hormon-hormon lain yang berinteraksi dengan baik bagi menjamin kesihatan tubuh badan.
Growth Hormone (GH) misalnya berfungsi dalam tumbesaran tubuh badan bayi kepada dewasa. Dalam tubuh dewasa pula GH berfungsi mengekalkan kesegaran dan ketegapan tubuh. Seseorang yang kurang GH akan merasa lesu, kurang gembira dan tubuhnya mula mengecut, dengan kata lain proses penuaan menjadi lebih cepat.

Melatonin pula yang dihasilkan kelenjar pineal merupakan anti oksidan yang hebat bagi semua sel tubuh kita. Melatonin juga memberikan tidur yang lena. Jika kelenjar hormon melatonin gagal berfungsi dengan baik maka seseorang itu akan mendapat insomnia.
Polikarbonat mempunyai struktur kimia yang mampu menyamai struktur hormon dalam tubuh kita. Struktur yang sebegini bebas bergerak menuju ke arah kelenjar hormon kita membuatkan kilang hormon menjadi keliru. Dengan kata lain kehadirannya menyerupai hormon manusia dan membuatkan kepekaan kelenjar hormone kita menjadi berkurangan. Dengan kehadiran bahan polikarbonat yang kerap dan begitu banyak akhirnya akan merosakkan kelenjar hormon. Kerosakan membuatkan ia gagal mengeluarkan hormon yang diperlukan dengan tepat.
Kerosakan hormon akan jelas kelihatan sewaktu alam dewasa dan jarang sekali dilihat sewaktu kecil. Bayi yang diserang kerosakan hormon akan membesar menjadi orang dewasa yang obes atau pun mempunyai pelbagai masalah kesihatan yang lain.

Di dalam keghairahan kita mengejar arus kemajuan dan mengamalkan pembungkus plastik setiap hari wujud pula masalah baru yang menjadi misteri kepada kita. Statistik menunjukkan jumlah peningkatan dalam penyakit kanser, jantung, obesiti, buah pinggang dan lain-lain.
Kehadiran penyakit ini memberi impak yang sukar dalam kehidupan kita. Ia menelan kos rawatan yang tinggi sekali gus mengurangkan kualiti kehidupan.
Untuk mencapai tahap kesihatan yang baik, kita perlu prihatin dan menyokong usaha kerajaan. Kita juga mesti memberi nasihat kepada ahli keluarga terutamanya anak-anak kecil agar tabiat pemakanan dan penggunaan plastik dalam makanan dan minuman seharian dapat dibendung.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0403&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_05.htm

Saturday, March 26, 2011

Larian Bertenaga 100 meter Usain Bolt


Keperluan Pemakanan Remaja

Mengapakah pemakanan itu penting kepada anda?
Pemakanan sihat adalah penting untuk :
  • Menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang normal.
  • Sentiasa cergas.
  • Mengekalkan tahap kesihatan yang baik.
  • Membekalkan tenaga dan nutrisi untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal harian.
  • Membekalkan tenaga bagi lelaki (apabila mereka mencapai akil baligh) untuk pertumbuhan otot.
Mengapakah anda memerlukan tenaga?

Tenaga diperlukan untuk pelbagai fungsi seperti :
  • Pembinaan otot tubuh.
  • Mengekalkan suhu badan.
  • Memastikan sistem dalaman tubuh berfungsi.
  • Melakukan aktiviti-aktiviti harian.
Berapakah keperluan harian pemakanan anda?
  • Keperluan harian anda adalah bergantung kepada :
    • Saiz fizikal.
    • Kadar pertumbuhan.
    • Tahap aktiviti.
    • Jantina.
  • Secara amnya, badan anda memerlukan :
    • Tenaga (yang diperolehi daripada makanan terutamanya daripada makronutrien).
    • Makronutrien: Karbohidrat, Protein, Lemak.
    • Mikronutrien:
- Vitamins Vitamin A, B, C, D, E, K.
- Mineral - Kalsium, Besi, Iodin, Zink, Folat, Selenium.
  • Secara amnya, keperluan kalori bagi kebanyakan remaja sihat adalah tinggi. RNI boleh digunakan sebagai garis panduan bagi menentukan keperluan tenaga dan juga lain-lain nutrien.
  • Anda bolehlah merujuk kepada Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia 2005 (RNI Malaysia 2005) untuk menentukan keperluan tenaga dan lain-lain nutrien. Keperluan tenaga dan nutrien bagi remaja yang mengandung dan remaja yang menyusukan anaknya juga boleh diperolehi.
  • Anda haruslah mengambil makanan yang seimbang berdasarkan kepada Piramid makanan bagi memastikan makanan yang diambil tersebut dapat membekalkan kesemua nutrient yang diperlukan oleh anda.
  • Pilihlah diet yang sihat bagi mengoptimumkan pertumbuhan selain dapat membina keyakinan diri anda yang tinggi!
Bagaimanakah menilai status pemakanan anda?

Status pemakanan ditentukan melalui keseimbangan makanan yang diambil dan tenaga yang digunakan. Anda boleh mengukur IJT dengan merujuk jadual IJT berlebihan berat badan atau kegemukan bagi umur 9-18 tahun mengikut umur.
 
IJT 



Kecederaan Semasa Bersukan

Kebanyakan sukan tidak terlepas daripada kecederaan. Kecederaan semasa bersukan adalah pelbagai mengikut jenis sukan dan mekanisme kecederaan tersebut. Walau bagaimanapun kecederaan adalah biasa semasa bersukan.
Apakah penyebab kecederaan yang biasa berlaku semasa bersukan?
  • Pertembungan di antara satu sama lain
  • Hentakkan secara langsung daripada pihak lawan atau peralatan bersukan
  • Jatuh
  • Aktiviti sukan atau latihan yang berlebihan
Apakah jenis-jenis kecederaan semasa bersukan?
  • Luka-luka
  • Hentakan
  • Terkehel/tergeliat
  • Ketegangan
  • Terseliuh
  • Patah tulang
Apakah jenis kecederaan yang jarang berlaku semasa bersukan?
  • Kapsul sendi koyak
  • Konklusi otak akibat hantukkan
  • Kecederaan dalam abdomen
  • Patah/terseliuh pada tulang dan sendi - sendi
Apakah perbezaan di antara terseliuh dengan ketegangan?
Terseliuh merujuk kepada ketegangan yang berlaku di ligamen, manakala ketegangan merujuk kepada ketegangan di otot. Kekoyakan otot adalah satu bentuk ketegangan.
Apakah tanda dan gejala kecederaan semasa bersukan?
  • Sakit - di tempat yang cedera
  • Bengkak - di tempat yang cedera
  • Lebam - kebiruan di tempat kecederaan
  • Kecacatan struktur - contoh : kecacatan di tempat kecederaan ( seperti terseliuh dan patah)
  • Kecederaan fungsi - contoh: bahagian yang tercedera tidak dapat berfungsi seperti biasa. (seperti patah,beralih daripada tempat asal dan kekoyakan pada sendi)
  • Sakit kepala - dalam kes kena pukul atau kecederaan otak akibat hantukkan
  • Pening - terjadi semasa kecederaan otak
  • Loya dan muntah - biasa berlaku berikutan kecederaan otak
Adalah diingatkan mungkin terdapat satu atau lebih tanda dan gejala sekiranya mendapat kecederaan semasa bersukan.
Apa yang harus dilakukan sekiranya mengalami kecederaan semasa bersukan?
Terdapat beberapa garis panduan yang boleh diikuti dan selamat dipraktikkan, walau bagaimanapun, jangan mengambil mudah sesuatu perkara kerana ini boleh mendatangkan bahaya. Jika terdapat sebarang keraguan dapatkan khidmat pakar perubatan yang profesional!
Prinsip asas ialah RICE.

R -
'R' Untuk 'Rest' bermaksud rehat. Rehat dari bersukan dan rehatkan bahagian yang tercedera, kekal berada di tempat yang terlibat dalam kedudukan yang selesa dan tidak mengerakkan bahagian tersebut bagi mengelak rasa sakit dan kecederaan yang lebih teruk.
I -
'I' Untuk 'Ice'. bermaksud ais. Anda perlu letakkan ais di bahagian yang tercedera. Ais akan menyebabkan pengecutan salur darah, ini boleh mengehadkan pendarahan dan proses bengkak. Ais juga boleh mengurangkan rasa sakit.
C -
'C' Untuk 'Compression'. bermaksud memberikan tekanan. Balut bahagian yang tercedera dengan pembalut atau bandage, bagi mengelakkan bengkak. Semakin kurangnya bengkak semakin kurangnya rasa sakit dan ini mempercepatkan proses penyembuhan. Jangan balut terlalu ketat.
E -
'E' Untuk 'Elevation' bermaksud ampu sedikit tinggi. Ampu bahagian yang tercedera tinggi sedikit dari paras jantung, ini mampu mengurangkan bengkak/edema. Anda dinasihatkan untuk membuat ampuan sekerap mungkin.
Bagaimana menggunakan ais bagi membantu merawat kecederaan semasa bersukan?
Masukkan ketulan ais ke dalam beg plastik atau beg ais dan tekap bahagian yang tercedera. Beg plastik mudah mengikut bentuk kebanyakan sendi-sendi. Ini dipanggil Cold Compression. Untuk mengelakkan kulit melecur, sapukan minyak zaitun atau minyak kelapa di bahagian terlibat sebelum meletakkan ais. Jika berada di rumah, bagi kecederaan kecil, gunakan air bagi menggantikan ketulan air.
3 jam pertama
  • Lakukan Cold Compression selama 10 - 15 minit setiap setengah jam
48 jam yang berikut
  • Lakukan Cold Compression sebanyak 4 - 5 kali sehari selama 15 - 20 minit
Selepas 48 jam
  • Kompresi panas mungkin boleh digunakan

Peringatan: Mesti dapatkan khidmat rawatan perubatan jika terdapat
  • Tanda-tanda seperti kesakitan, bengkak dan kebiruan menjadi lebih teruk selepas 24 jam
  • Dapatkan rawatan perubatan untuk mengesan bahagian yang patah dan terseliuh
  • Kecacatan struktur yang jelas
  • Sakit semasa tidur
  • Tidak dapat melakukan aktiviti yang biasa
  • Sakit kepala, pening, loya atau muntah di mana ianya semakin serius/teruk. Dapatkan rawatan segera di hospital
Bagaimana cara untuk mencegah kecederaan semasa bersukan?
Langkah-langkah yang penting ialah:
  • Gunakan peralatan yang sesuai mengikut saiz dan berpadanan dengan jenis sukan seperti topi keledar untuk menunggang, meluncur atau menggunakan papan luncur
sukan
  • Gunakan alat pelindung yang lengkap semasa pertandingan dan latihan. Digalakkan menggunakan alat pelindung mata (goggle) ketika di padang atau gelanggang. Alat pelindung mulut juga perlu digunakan untuk melindungi mulut, gigi, lidah semasa aktiviti sukan seperti hoki, bola keranjang dan sukan tinju
  • Guna alat pelindung untuk pergelangan tangan, siku dan lutut semasa aktiviti sukan meluncur skateboard atau in-line skate
  • Gunakan kasut yang sesuai untuk mengelakkan tersadung dan terjatuh
  • Sentiasa memanaskan badan dahulu sebelum bersukan
  • Elakkan diri dari bersukan sekiranya anda baru pulih dari kecederaan atau selesema
  • Sentiasa mengikut peraturan semasa bersukan, di mana ia boleh melindungi anda dari kecederaan
  • Gunakan teknik yang betul yang telah diajar oleh jurulatih anda
Sumber: http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Remaja/KECEDERAANSEMASABERSUKAN.php

    Sunday, February 20, 2011

    Lari Berganti-Ganti




    SEJARAH
    -          Berasal dari Amerika Syarikat
    -          Punca-punca lahirnya acara ini :
    • Perjalanan kereta kuda jarak jauh (pony ekspress) di mana surat-surat atau berita-berita disampaikan dari satu tempat ke tempat lain
    • Perlumbaan dimulakan dengan seorang pelari membawa bendera & menyampaikan kepada pelari lain yang menanti di hadapan (dimulai di Universiti Pensylvania, Amerika Syarikat).
    • Permainan pasukan ahli bomba. Ahli daripada satu pasukan bomba akan berlari dengan pantas & menyentuh kereta bomba. Ini sebagai isyarat kepada ahli lain dalam pasukan untuk bersedia.
    -          Percubaan pertama dilakukan pada tahun 1893, di mana pasukan dipertandingkan dengan setiap pelari berlari sejauh suku batu.


    PENGENALAN
    Objektif : Membawa baton dari tempat permulaan sehingga tempat penamat menerusi 4 orang  peserta secepat mungkin.
    -     Jenis acara dalam kebanyakan perjumpaan olahraga pelbagai peringkat :
    • 4 x 100 meter
    • 4 x 200 meter
    • 4 x 400 meter
    • 4 x 1600 meter
    -          Acara yang paling diminati & paling mendapat sambutan di kalangan pelari dan penonton.
    -          Faktor utama penentu kejayaan : persefahaman di antara pelari  dalam pasukan.


    PEMILIHAN PELARI
    Pelari Pertama
    -          Pendorong penting kepada pasukan jika pelari pertama berkemampuan berlari dengan baik
    -          3 aspek penting :
    §  Harus mempunyai permulaan yang baik sambil tangan memegang baton
    §  Berkeupayaan berlari di selekoh
    §  Pelari kedua terbaik dalam satu pasukan

          Pelari Kedua
    -      mesti bijak daripada segi menerima & menghantar baton (selalunya jika pelari pertama membawa baton pada tangan kanan, pelari kedua hendaklah cuba menerima baton pada tangan kiri).
    -          Aspek penting : berkeupayaan berlari pantas pada garis lurus

    Pelari Ketiga
    -          Aspek penting : pelari ketiga terpantas dalam pasukan. Berkebolehan & berkemampuan berlari di selekoh & menerima baton menggunakan tangan kanan jika pelari kedua memberikannya menggunakan tangan kiri, atau sebaliknya.

    Pelari Akhir
    -          pelari terpantas dalam pasukan kerana keputusan yang bakal tercapai oleh sesebuah pasukan terletak di atas bahunya.
    -          Harus berkebolehan berlari di garis lurus walaupun jarak larian terpendek namun daripada segi kepantasan & kelajuan ia amat penting.


    MEMEGANG BATON
    Cara memegang baton
    Baton boleh memegang dalam beberapa cara mengikut keselesaan pelari berkenaan.
    Bagi pelari pertama yang memulakan larian, cara memegang adalah seperti Rajah 1 :-


    Rajah 1 : Cara-cara memegang baton oleh pelari pertama


    GAYA DAN TEKNIK PERTUKARAN BATON
    Terdapat dua teknik asas penukaran baton : Teknik bawah-atas dan Teknik atas-bawah.

    Teknik atas-bawah
    -          cara terpantas, tetapi ada risiko iaitu baton mudah jatuh
    -          pelari pertama yang membawa baton dalam tangan kanan dan apabila sampai sahaja ke tempat penanda, pelari kedua mula memecut dari sebelah kanan lorongnya.
    -          Sambil berlari, pelari kedua akan mengangkat tangan kiri dengan tapak tangannya terbuka (menadah) untuk menerima baton.
    -          Pelari pertama yang membawa baton memberikannya dengan gerakan tangan dari atas ke bawah. Pelari kedua ini membawa baton dengan tangan kiri dan memberikannya pada tangan kanan pelari ketiga.
    -          Pelari ketiga membawa baton dengan tangan kanan dan memberikannya kepada pelari keempat pada tangan kiri.

    Rajah 2 : Teknik Atas-Bawah


    Cara Memberikan Baton
    1.      kepantasan larian dikekalkan semasa pemberian banton
    2.      pemberi harus beri isyarat kepada penerima
    3.      hulurkan baton dengan tangan yang lurus
    4.      perhatikan tangan penerima & letakkan bahagian hujung baton ke dalam tangannya.

    Cara Menerima Baton
    1.      Penerima dalam keadaan yang sedia
    2.      Menoleh untuk memandang pelari yang membawa baton
    3.      Berlepas dengan panas sebaik sahaja pelari pembawa baton sampai di tandaan. Bagi gaya tanpa pandang, jangan menoleh ke belakang semasa berlari.
    4.      Hulurkan tangan lurus ke belakang apabila mendengar syarat daripada pelari yang sedang membawa baton.
    5.      Pegang baton dengan erat di bahagian pangkalnya.


    Gaya Selang-seli Tanpa Pandang
    -          Biasanya diamalkan dalam acara berganti-ganti 4 x 100 m
    -          Pelari pertama & ketiga dikehendaki membawa baton dengan tangan kiri, pelari kedua dan keempat membawa dengan tangan kanan.
    -          Pelari tidak toleh ke belakang semasa menerima baton
    -          Pelari yang membawa baton akan memberi isyarat kepada pelari di hadapannya supaya menghulurkan tangan ke belakang untuk menerima baton.
    -          Pelari yang menerima baton, ketika melihat ke hadapan menghulurkan tangan kanannya ke belakang.
    -          Jari-jari dalam kedudukan rapat dengan ibu jari terbuka serta membentuk huruf V. Sentiasa luruskan tangan dan jangan menggoyangkannya.
    -          Pelari yang memberikan baton akan menggenggam baton itu antara ibu jari dengan jari kirinya sambil menghulur ke depan.
    -          Pelari yang membawa baton meletakkannya pada tangan pelari yang menerima. Tetapi pelari yang membawa baton jangan melepaskan baton serta-merta.
    -          Pelari yang memberikan baton membiarkan baton itu ditarik kepada tangannya, dan mengawal kelajuan sendiri untuk berhenti.


    Rajah 3 : Gerakan menghantar dan menerima baton dalam acara 4 x 100 meter
    (tanpa pandang)


    Gaya Selang-seli Cara Pandang
    -          Semasa pertukaran baton dilakukan, pelari yang menerima baton itu akan menoleh ke belakang dan memerhatikan pemberian baton kepadanya. Pada masa yang sama, isyarat akan diberikan, dan serentak kedua-dua mereka akan memandang baton.
    -          Cara pertukaran baton selalunya dilakukan dengan pergerakan ke bawah
    -          Kurang sesuai untuk 4 x 100m tetapi sesuai untuk 4 x 400m
    -          Pelari yang akan menerima baton memusingkan kepala dan bahunya ke arah baton. Hulurkan tangan kanan ke belakang. Biarkan tangan lurus dan tidak bergerak.
    -          Tapak tangan hendaklah menghala ke atas dalam kedudukan terbuka.
    -          Pelari yang memberikan baton menggenggam baton antara ibu jari dan jari-jarinya yang sebelah lagi.
    -          Pelari yang memberi baton menurunkannya lalu meletakkan pada tapak tangan pelari yang menerima, tetapi jangan melepaskan baton serta merta, sehingga penerima menggenggam baton itu.
    -          Penerima menarik baton daripada pemberi, memusingkan kepala dan bahu ke depan, lalu meneruskan lariannya.
    -          Perlakuan diulangi oleh pelari kedua, ketiga dan keempat.
    Rajah 4 : Gerakan menghantar dan menerima baton dalam acara 4 x 100 meter
    (dengan memandang)
    ZON PERTUKARAN BATON
    -                      Pertukaran baton mesti dilakukan di dalam zon penukaran baton yang panjangnnya 20 meter.
    -                      Dalam acara 4 x 100 meter, zon pemecutan sepanjang 10 meter dibenarkan dan mendahului zon penukaran baton.
    -                      Zon pemecutan digunakan untuk pelari memulakan larian bila pembawa baton menghampiri titik tanda.
    Rajah 5 : Zon Pertukaran Baton untuk Acara 4 x 100 meter

    Perkara-perkara penting 
    1.             Setiap peserta mesti berlari pada lorong masing-masing.
    2.             Baton hendaklah sentiasa berada pada tangan pelari. Jika ia terjatuh, larian pasukan itu dibatalkan.
    3.             Jika pelari tidak berjaya membuat pertukaran baton dalam zon pertukaran, larian pasukannya akan dibatalkan.
    Rajah 6 : Pertukaran baton yang betul dan yang salah

    PERATURAN LARIAN

    Aturan Umum

    -          Lari ikut lorong yang ditetapkan
    -          Buat pertukaran baton dalam zon yang ditetapkan
    -          Buat pertukaran baton yang bersih
    -          Kekalkan baton dalam tangan pelari dari awal hingga akhir larian


    Gaya Dekam & Permulaan Pelari Pertama

    -          Hanya pelari pertama yang terlibat dalam kedudukan permulaan
    -          Permulaan gaya sama dengan permulaan 100 m. Bezanya hanya pelari membawa baton pada tangan kanan. Oleh itu, kedudukanya bersesuaian dengan baton.
    -          Dalam permulaan dekam, kaki kanan dibawa ke hadapan. Lutut berada di bawah tapak kaki & tangan dalam keadaan longgar. Siku hendaklah lurus, ibu jari & jari telunjuk selari dengan garisan permulaan.
    -          Berat badan terletak pada tangan & kaki hadapan. Tangan dibuka luas untuk menyokong berat badan & keselesaan kaki.
    -          Kepala direndahkan dengan memandangkan ke garisan permulaan atau diangkat sedikit agar pandangan ditumpu pada jarak antara 3m hingga 5m. Permulaan menggunakan blok permulaan.
    -          Berlari sebaik sahaja isyarat (pistol) dibunyikan oleh pelepas
    -          Berlari pada seekoh pertama (pantas di selekoh)


    Pelari Kedua

    -          Bersedia dan mula berlari dalam bentuk berdiri
    -          Berlari dalam lorong lurus (terpantas larian di bahagian lurus) dan lorong sendiri.
    -          Terima baton dalam zon pertukaran (cekap terima & beri baton dengan tangan kiri)


          Pelari Ketiga

    -          Bersedia dan mula berlari dalam bentuk berdiri
    -          Lari dalam lorong sendiri pada selekoh kedua (pantas larian bahagian selekoh).
    -          Bawa baton pada tangan kanan (cekap penerimaan baton dengan tangan kanan).
    -          Lari di sebelah dalam lorong sendiri.


          Pelari Keempat

    -          Bersedia dalam mula berlari dalam bentuk berdiri.
    -          Pantas berlari dalam lorong lurus dan lorong sendiri.
    -          Tamatkan larian di garisan penamat.
    -          Pelari yang penuh keazaman & tenang.
    RAJAH 6 : Trek Permulaan / Penamat