SEJARAH
- Berasal dari Amerika Syarikat
- Punca-punca lahirnya acara ini :
- Perjalanan kereta kuda jarak jauh (pony ekspress) di mana surat-surat atau berita-berita disampaikan dari satu tempat ke tempat lain
- Perlumbaan dimulakan dengan seorang pelari membawa bendera & menyampaikan kepada pelari lain yang menanti di hadapan (dimulai di Universiti Pensylvania, Amerika Syarikat).
- Permainan pasukan ahli bomba. Ahli daripada satu pasukan bomba akan berlari dengan pantas & menyentuh kereta bomba. Ini sebagai isyarat kepada ahli lain dalam pasukan untuk bersedia.
- Percubaan pertama dilakukan pada tahun 1893, di mana pasukan dipertandingkan dengan setiap pelari berlari sejauh suku batu.
PENGENALAN
Objektif : Membawa baton dari tempat permulaan sehingga tempat penamat menerusi 4 orang peserta secepat mungkin.
- Jenis acara dalam kebanyakan perjumpaan olahraga pelbagai peringkat :
- 4 x 100 meter
- 4 x 200 meter
- 4 x 400 meter
- 4 x 1600 meter
- Acara yang paling diminati & paling mendapat sambutan di kalangan pelari dan penonton.
- Faktor utama penentu kejayaan : persefahaman di antara pelari dalam pasukan.
PEMILIHAN PELARI
Pelari Pertama
- Pendorong penting kepada pasukan jika pelari pertama berkemampuan berlari dengan baik
- 3 aspek penting :
§ Harus mempunyai permulaan yang baik sambil tangan memegang baton
§ Berkeupayaan berlari di selekoh
§ Pelari kedua terbaik dalam satu pasukan
Pelari Kedua
- mesti bijak daripada segi menerima & menghantar baton (selalunya jika pelari pertama membawa baton pada tangan kanan, pelari kedua hendaklah cuba menerima baton pada tangan kiri).
- Aspek penting : berkeupayaan berlari pantas pada garis lurus
Pelari Ketiga
- Aspek penting : pelari ketiga terpantas dalam pasukan. Berkebolehan & berkemampuan berlari di selekoh & menerima baton menggunakan tangan kanan jika pelari kedua memberikannya menggunakan tangan kiri, atau sebaliknya.
Pelari Akhir
- pelari terpantas dalam pasukan kerana keputusan yang bakal tercapai oleh sesebuah pasukan terletak di atas bahunya.
- Harus berkebolehan berlari di garis lurus walaupun jarak larian terpendek namun daripada segi kepantasan & kelajuan ia amat penting.
MEMEGANG BATON
Cara memegang baton
Baton boleh memegang dalam beberapa cara mengikut keselesaan pelari berkenaan.
Bagi pelari pertama yang memulakan larian, cara memegang adalah seperti Rajah 1 :-
Rajah 1 : Cara-cara memegang baton oleh pelari pertama
GAYA DAN TEKNIK PERTUKARAN BATON
Terdapat dua teknik asas penukaran baton : Teknik bawah-atas dan Teknik atas-bawah.
Teknik atas-bawah
- cara terpantas, tetapi ada risiko iaitu baton mudah jatuh
- pelari pertama yang membawa baton dalam tangan kanan dan apabila sampai sahaja ke tempat penanda, pelari kedua mula memecut dari sebelah kanan lorongnya.
- Sambil berlari, pelari kedua akan mengangkat tangan kiri dengan tapak tangannya terbuka (menadah) untuk menerima baton.
- Pelari pertama yang membawa baton memberikannya dengan gerakan tangan dari atas ke bawah. Pelari kedua ini membawa baton dengan tangan kiri dan memberikannya pada tangan kanan pelari ketiga.
- Pelari ketiga membawa baton dengan tangan kanan dan memberikannya kepada pelari keempat pada tangan kiri.
Rajah 2 : Teknik Atas-Bawah
Cara Memberikan Baton
- kepantasan larian dikekalkan semasa pemberian banton
- pemberi harus beri isyarat kepada penerima
- hulurkan baton dengan tangan yang lurus
- perhatikan tangan penerima & letakkan bahagian hujung baton ke dalam tangannya.
Cara Menerima Baton
- Penerima dalam keadaan yang sedia
- Menoleh untuk memandang pelari yang membawa baton
- Berlepas dengan panas sebaik sahaja pelari pembawa baton sampai di tandaan. Bagi gaya tanpa pandang, jangan menoleh ke belakang semasa berlari.
- Hulurkan tangan lurus ke belakang apabila mendengar syarat daripada pelari yang sedang membawa baton.
- Pegang baton dengan erat di bahagian pangkalnya.
Gaya Selang-seli Tanpa Pandang
- Biasanya diamalkan dalam acara berganti-ganti 4 x 100 m
- Pelari pertama & ketiga dikehendaki membawa baton dengan tangan kiri, pelari kedua dan keempat membawa dengan tangan kanan.
- Pelari tidak toleh ke belakang semasa menerima baton
- Pelari yang membawa baton akan memberi isyarat kepada pelari di hadapannya supaya menghulurkan tangan ke belakang untuk menerima baton.
- Pelari yang menerima baton, ketika melihat ke hadapan menghulurkan tangan kanannya ke belakang.
- Jari-jari dalam kedudukan rapat dengan ibu jari terbuka serta membentuk huruf V. Sentiasa luruskan tangan dan jangan menggoyangkannya.
- Pelari yang memberikan baton akan menggenggam baton itu antara ibu jari dengan jari kirinya sambil menghulur ke depan.
- Pelari yang membawa baton meletakkannya pada tangan pelari yang menerima. Tetapi pelari yang membawa baton jangan melepaskan baton serta-merta.
- Pelari yang memberikan baton membiarkan baton itu ditarik kepada tangannya, dan mengawal kelajuan sendiri untuk berhenti.
Rajah 3 : Gerakan menghantar dan menerima baton dalam acara 4 x 100 meter
(tanpa pandang)
Gaya Selang-seli Cara Pandang
- Semasa pertukaran baton dilakukan, pelari yang menerima baton itu akan menoleh ke belakang dan memerhatikan pemberian baton kepadanya. Pada masa yang sama, isyarat akan diberikan, dan serentak kedua-dua mereka akan memandang baton.
- Cara pertukaran baton selalunya dilakukan dengan pergerakan ke bawah
- Kurang sesuai untuk 4 x 100m tetapi sesuai untuk 4 x 400m
- Pelari yang akan menerima baton memusingkan kepala dan bahunya ke arah baton. Hulurkan tangan kanan ke belakang. Biarkan tangan lurus dan tidak bergerak.
- Tapak tangan hendaklah menghala ke atas dalam kedudukan terbuka.
- Pelari yang memberikan baton menggenggam baton antara ibu jari dan jari-jarinya yang sebelah lagi.
- Pelari yang memberi baton menurunkannya lalu meletakkan pada tapak tangan pelari yang menerima, tetapi jangan melepaskan baton serta merta, sehingga penerima menggenggam baton itu.
- Penerima menarik baton daripada pemberi, memusingkan kepala dan bahu ke depan, lalu meneruskan lariannya.
- Perlakuan diulangi oleh pelari kedua, ketiga dan keempat.
Rajah 4 : Gerakan menghantar dan menerima baton dalam acara 4 x 100 meter
(dengan memandang)
ZON PERTUKARAN BATON
- Pertukaran baton mesti dilakukan di dalam zon penukaran baton yang panjangnnya 20 meter.
- Dalam acara 4 x 100 meter, zon pemecutan sepanjang 10 meter dibenarkan dan mendahului zon penukaran baton.
- Zon pemecutan digunakan untuk pelari memulakan larian bila pembawa baton menghampiri titik tanda.
Rajah 5 : Zon Pertukaran Baton untuk Acara 4 x 100 meter
Perkara-perkara penting
1. Setiap peserta mesti berlari pada lorong masing-masing.
2. Baton hendaklah sentiasa berada pada tangan pelari. Jika ia terjatuh, larian pasukan itu dibatalkan.
3. Jika pelari tidak berjaya membuat pertukaran baton dalam zon pertukaran, larian pasukannya akan dibatalkan.
Rajah 6 : Pertukaran baton yang betul dan yang salah
PERATURAN LARIAN
Aturan Umum
- Lari ikut lorong yang ditetapkan
- Buat pertukaran baton dalam zon yang ditetapkan
- Buat pertukaran baton yang bersih
- Kekalkan baton dalam tangan pelari dari awal hingga akhir larian
Gaya Dekam & Permulaan Pelari Pertama
- Hanya pelari pertama yang terlibat dalam kedudukan permulaan
- Permulaan gaya sama dengan permulaan 100 m. Bezanya hanya pelari membawa baton pada tangan kanan. Oleh itu, kedudukanya bersesuaian dengan baton.
- Dalam permulaan dekam, kaki kanan dibawa ke hadapan. Lutut berada di bawah tapak kaki & tangan dalam keadaan longgar. Siku hendaklah lurus, ibu jari & jari telunjuk selari dengan garisan permulaan.
- Berat badan terletak pada tangan & kaki hadapan. Tangan dibuka luas untuk menyokong berat badan & keselesaan kaki.
- Kepala direndahkan dengan memandangkan ke garisan permulaan atau diangkat sedikit agar pandangan ditumpu pada jarak antara 3m hingga 5m. Permulaan menggunakan blok permulaan.
- Berlari sebaik sahaja isyarat (pistol) dibunyikan oleh pelepas
- Berlari pada seekoh pertama (pantas di selekoh)
Pelari Kedua
- Bersedia dan mula berlari dalam bentuk berdiri
- Berlari dalam lorong lurus (terpantas larian di bahagian lurus) dan lorong sendiri.
- Terima baton dalam zon pertukaran (cekap terima & beri baton dengan tangan kiri)
Pelari Ketiga
- Bersedia dan mula berlari dalam bentuk berdiri
- Lari dalam lorong sendiri pada selekoh kedua (pantas larian bahagian selekoh).
- Bawa baton pada tangan kanan (cekap penerimaan baton dengan tangan kanan).
- Lari di sebelah dalam lorong sendiri.
Pelari Keempat
- Bersedia dalam mula berlari dalam bentuk berdiri.
- Pantas berlari dalam lorong lurus dan lorong sendiri.
- Tamatkan larian di garisan penamat.
- Pelari yang penuh keazaman & tenang.
RAJAH 6 : Trek Permulaan / Penamat |
No comments:
Post a Comment